Jasad Khoo Kay Kim dikebumikan Sabtu ini

Iklan
Isteri tokoh sejarawan dan ahli akademik, Puan Sri Rathi Khoo, 75, (kanan), bersama anaknya Eddin Khoo, 50, (kiri) dan ahli keluarga membuat persediaan pengebumian mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim di Nirvana Memorial Park, Sungai Besi hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jasad mendiang tokoh sejarawan dan ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, 82, dijangka dikebumikan di Nirvana Memorial Park (Nirvana) Shah Alam, Sabtu ini.

Anak sulungnya, Eddin Khoo, 50, berkata jasad mendiang bapanya tidak dibawa ke kediamannya di Petaling Jaya, sebaliknya dibawa ke Nirvana Sungai Besi dekat sini, untuk persiapan manakala upacara penghormatan dilakukan bermula Khamis hingga pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

"Jasad mendiang akan diletakkan di Nirvana Sungai Besi bagi membolehkan anggota keluarga dan sahabat handai memberi penghormatan terakhir sebelum upacara pengebumian.

"Upacara penghormatan terakhir juga dibuka kepada orang awam,” katanya kepada pemberita di Nirvana Sungai Besi hari ini.

Iklan

Beliau berkata upacara pengebumian akan bermula 10.30 pagi Sabtu ini.

Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, pada 10.13 pagi ini.

Iklan

Mendiang yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak, Eddin; Rubin, 47; dan Mavin, 42.

Mendiang juga merupakan seorang daripada penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969. - Bernama