KLANG - Menteri Kerja Raya, Baru Bian hari ini mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan.
Diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.
Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat:
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) - 33 peratus
Lebuhraya Grand Saga (GSSB) - 30 peratus
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) - 20 peratus
Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) - 20 peratus
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) - 20 peratus
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) - 20 peratus
Jambatan Pulau Pinang - 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 - 20 peratus
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - 20 peratus
Lebuhraya Pantai Baru (NPE) - 20 peratus
Lebuhraya BESRAYA - 20 peratus
Lebuhraya MEX (Maju Expressway) - 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
Lebuhraya Grand Sepadu - 15 peratus
Lebuhraya Shah Alam (Kesas) - 10 peratus
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) - 10 peratus
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) - 10 peratus
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) - 10 peratus
Lebuhraya Kajang SILK (SILK) - 10 peratus
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) - 10 peratus
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 - 10 peratus
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) - 10 peratus
Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) - 10 peratus
Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) - 10 peratus
Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu:
Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) - 10 peratus
Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) - 20 peratus
Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja - 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun. - Bernama