Masjid di Melaka diminta solat Istisqa Jumaat ini

Iklan
Gambar hiasan

MELAKA - Masjid di seluruh Melaka diminta mengadakan solat Istisqa pada Jumaat ini bagi memohon hujan dalam menghadapi kemarau sekarang.

Meminta demikian, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab turut menyeru rakyat negeri ini supaya berjimat menggunakan air.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, jika mengesan paip air pecah, segera laporkan kepada pihak berkuasa, katanya.

"Kita sangat berharap tiada catuan dibuat dalam masa terdekat terutama musim perayaan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat untuk menyambut Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini media melaporkan Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Melaka bakal berdepan catuan air sekiranya tiada sebarang pelan pemulihan diambil sehingga tempoh 15 Jun ini akibat daripada musim kemarau dan paras air di beberapa empangan mulai menurun. - Bernama