PASIR MAS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengingatkan semua mangsa banjir supaya menutup suis utama sebelum mereka meninggalkan rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Kelantan, Penguasa Bomba Suhaimi Mahmood berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini sepanjang mereka berada di PPS.