FGWalet Fouziah Gous pecah rekod Go Shop, 3000 kotak dijual dalam tempoh 9 jam

Iklan

PRODUK minuman sarang burung FGWalet telah memecahkan rekod Go Shop apabila 1000 set (3000 kotak) telah habis dijual dalam tempoh sembilan jam sahaja.

Ini merupakan produk premium pertama yang memecahkan rekod tersebut yang disiarkan bermula pada jam 1 petang tadi dari Studio 4, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut pengasas FGWalet, Datin Fouziah Gous dia berasa cukup terharu dengan sambutan yang diberikan terhadap produk minuman kesihatannya itu.

"Untuk edisi pelancaran di Go Shop, kami hadkan menjual 3000 kotak sahaja sebagai permulaan. Tak sangka pula sambutan cukup menggalakkan.

Iklan

"Baru beberapa minit bersiaran dah ada pembeli sehinggalah semuanya sold out pada jam 10 malam tadi. Syukur, alhamdulillah.

"Walaupun saya yakin produk ini mampu dijual tetapi apabila sold out dalam tempoh 9 jam, itu adalah benar-benar di luar dugaan saya dan team FGWalet," katanya yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pembeli FGWalet.

Iklan

Ditanya adakah FGWalet akan terus dijual melalui Go Shop, Fouziah yang juga merupakan ikon kecantikan Go Shop berkata, semuanya dalam perancangan.

"Sebenarnya apa yang dijual di Go Shop hanya boleh didapati di Go Shop sahaja. Tidak boleh didapati di mana-mana.

"Jadi untuk adakan lagi promosi dengan harga RM199 seperti ini saya dan team perlu memikirkan apa yang terbaik dan eksklusif untuk penonton Go Shop seterusnya," jelas Fouziah teruja.

Minuman sarang burung telah diakui mempunyai banyak khasiat sejak turun temurun. FGWalet merupakan produk bumiputera yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan pengesahan sijil halal.