AG wajar sedar lebih awal, kata penganalisis

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mempunyai keperluan untuk melantik peguam swasta bagi mewakili mereka dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sejak 11 Februari lalu.

Penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, KPKT selaku agensi dan kementerian dalam kerajaan telah diwakili oleh pegawai undang-undang dari Jabatan Peguam Negara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara yang berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan, mempunyai ramai pegawai undang-undang yang berkompetensi dan layak melindungi kepentingan kerajaan sama ada jabatan kerajaan atau pegawai kerajaan jika berlaku pertelingkahan dalam perundangan.

"Apabila KPKT lantik peguam sendiri, ini menimbulkan syak daripada awal kenapa ia berlaku. Adakah KPKT tidak percaya dengan kewibawaan pihak AGC, atau kurang keyakinan dengan kewibawaan pegawai-pegawainya?," soalnya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara beri empat sebab Syazlin diarah tarik diri

Beliau berkata, persoalan itu timbul sejak permulaan peguam yang mewakili KPKT dilantik yang juga menambah beban kewangan untuk kementerian membayar yuran guaman.

Iklan

Beliau berkata, lantikan peguam luar mewakili KPKT menyebabkan pertindihan dari segi peranan yang dimainkan pegawai pengendali inkues dari AGC.

Sehubungan itu katanya apabila wujud cadangan mahupun gesaan daripada pihak bila ada cadangan atau gesaan daripada Peguam Negara supaya peguam tersebut menarik diri, ia menunjukkan Peguam Negara telah sedar wujudnya pertindihan peranan.

"Perkara ini sepatutnya disangkal sejak awal lagi," ujarnya.

Tambahnya dalam prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian, saksi-saksi akan dipanggil dan disoal oleh pegawai pengendali daripada AGC sehingga membolehkan koroner membuat penilaian mengenai punca kematian.

"Tidak perlu peguam tambahan untuk mengendalikan inkues kecuali peguam dilantik pihak berkepentingan seperti peguam daripada keluarga mangsa, persatuan atau NGO terlibat, atau peguam kuil yang dipersetujui mahkamah untuk menjadi 'watching brief' atau sahabat mahkamah," katanya.

Bagaimanapun menurutnya peguam tersebut hanya bertindak pemerhati kepada pihak berkepentingan dan tidak perlu menyoal balas saksi kecuali mengemukakan bantahan sekiranya wujud keterangan yang tidak dipersetujui.