Enam maut minum arak tiruan

Iklan
Gambar hiasan

LUCKNOW - Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala yang lain jatuh sakit selepas minum arak tiruan di utara India.

Insiden itu berlaku di kawasan Ramnagar dalam daerah Barabanki, kira-kira 58 kilometer di timur Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kami menerima maklumat mengenai kematian enam orang akibat pengambilan arak tiruan dan ramai lagi yang dimasukkan ke hospital,” kata seorang pegawai kanan polis yang ditempatkan di balai polis Ramnagar.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan mangsa yang maut adalah 12 orang.

Iklan

Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan arak tiruan.

Beliau turut mengarahkan setiausaha utama untuk segera menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan tegas.

Iklan

Laporan menyebut penduduk tempatan membeli arak itu dari sebuah kedai eksais dan meminumnya sebelum mereka mengadu mual serta pening kepala. – Agensi