Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Iklan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kelemahan permintaan akibat faktor sentimen ekonomi global yang terus merencatkan selera pelabur, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.1900/1940 berbanding dolar US daripada 4.1870/1900 sewaktu ditutup pada Selasa.

Iklan
Iklan

Seorang peniaga berkata ketidaktentuan yang berlanjutan membabitkan perang dagangan Washington-Beijing menyebabkan kebanyakan pelabur memilih aset selamat seperti dolar AS dan yen Jepun.

Malah, kelembapan ekonomi China juga menyebabkan yuan susut berbanding mata wang serantau lain, termasuk ringgit yang turut dipengaruhi oleh prestasi yuan.

Iklan

Selain itu, penurunan harga minyak juga hanya menjejaskan lagi ringgit yang mana penanda aras minyak mentah Brent didagangkan 0.44 peratus lebih rendah kepada AS$68.37 setong pada masa ini.

Selain itu, ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Iklan

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0369/0409 daripada 3.0396/0420 yang dicatat pada Selasa dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8335/8382 daripada 3.8283/8321.

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.3024/3079 daripada 5.2986/3045 namun mengukuh berbanding euro kepada 4.6790/6855 daripada 4.6844/6899. - Bernama