Tindakan kompaun RM50 untuk kesedaran rakyat: MB Terengganu

Iklan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Tindakan kompaun RM50 kepada individu yang dikenal pasti membuang sampah merata-rata di tempat awam, bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersama-sama menjaga kebersihan sekitar pusat bandar raya.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun tindakan tersebut dilihat agak keras, namun ia dilakukan bagi memastikan persekitaran Kuala Terengganu sentiasa bersih, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Iklan
Iklan

"Tentunya kita hendak meraikan Hari Raya Puasa dengan persekitaran yang bersih, perantau pulang dalam keadaan yang ceria dan mendatangkan imej yang baik kepada negeri.

"Kita harap rakyat faham bahawa semua ini dibuat bukan untuk suka-suka, tetapi demi kepentingan semua pihak termasuklah pegunjung dan rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jambatan angkat di sini semalam.

Iklan

Dilaporkan, tindakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tersebut berkuat kuasa serta merta semalam.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Shahidan Embok dilaporkan berkata, tindakan kompaun RM50 tersebut bertujuan memastikan kebersihan bandar raya ini terutama kawasan sekitar jambatan angkat. - Bernama

Iklan