Laluan baharu Bas Smart Selangor di Batu Arang

Iklan
Senarai menunjukkan antara kawasan yang menjadi laluan Bas Smart Selangor Batu Arang-Sungai Buloh dimaklumkan pada Mesyuarat Penuh Bulanan MPS hari ini. Gambar kiri: Juhari

SELAYANG - Bas Smart Selangor bagi laluan baharu Batu Arang-Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sungai Buloh bakal mula beroperasi 1 Jun ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Dr Juhari Ahmad berkata, ia melibatkan jarak sepanjang 32.3 kilometer (km) dan mengambil masa 1 jam 30 minit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak empat bas beroperasi pada laluan itu dengan kekerapan setiap 45 minit dilihat akan memberi manfaat kepada penduduk di 45 kawasan termasuk Kundang, Bandar Tasik Puteri, Bukit Rahman Putra dan Sungai Buloh.

"Bas akan melalui kawasan sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Rahman, SMK Bandar Tasik Puteri, SMK Bukit Rahman Putra dan lain-lain.

Iklan

"Kemudahan itu juga memudahkan pengguna untuk ke Klinik Kesihatan Batu Arang, pejabat Pos Batu Arang dan Bandar Tasik Puteri, Hospital Sungai Buloh selain melalui kawasan perindustrian Bukit Rahman Putra serta Sungai Buloh Jaya," katanya pada Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di Bangunan MPS hari ini.

Peta menunjukkan laluan Bas Smart Selangor Batu Arang-KTM Sungai Buloh yang mula beroperasi dijangka 1 Jun ini.

Beliau berharap kemudahan percuma itu dapat dimanfaatkan orang awam sekali gus mengurangkan beban kewangan khususnya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Iklan

"MPS percaya dengan adanya perkhidmatan bas yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam ini mampu mengurangkan kepadatan trafik di kawasan sekitar," katanya.

Laluan baharu itu adalah yang ketiga dalam kawasan MPS selain Bandar Baru Selayang ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak dan Tesco Rawang ke KTM Rawang.