Tidak mengaku sumbang mahram dengan anak

Iklan

ALOR SETAR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan sumbang mahram dengan anak kandungnya di sebuah rumah, di sini, kira-kira tiga tahun lalu.

Tertuduh berusia 44 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Iklan
Iklan

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan anaknya berusia 10 tahun, yang mana perhubungan itu adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang (atau hukum agama atau adat atau kebiasaan) yang terpakai pada tertuduh untuk berkahwin dengan kanak-kanak itu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah selama tiga hari berturut-turut bermula 13 hingga 15 April 2016.

Iklan

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman dipenjara tidak lebih daripada 30 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kedah, Mohd Alif Farhan Hassan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah memutuskan tiada jaminan kepada tertuduh kerana ia kesalahan serius dan dikhuatiri mengganggu mangsa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 Jun depan untuk lantikan peguam dan penyerahan dokumen.