LZS bantu keluarga daif bina rumah

Iklan
LZS memuat naik status berhubung perkara itu di Facebook rasmi LZS, hari ini.

Peruntuk sebanyak RM85, 000 ganti rumah uzur sedia ada

SABAK BERNAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan bantuan pembinaan sebuah rumah baharu bernilai RM85,000 kepada sebuah keluarga yang hidup serba daif di Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar di sini.

Menerusi kenyataan Facebook rasmi LZS hari ini, kerja-kerja pembinaan rumah baharu itu dijangka selepas Hari Raya Aidilfitri.

Iklan
Iklan

"Semoga selepas ini, mereka lebih selesa tinggal di rumah baharu," katanya.

Menurut kenyataan itu, penerima bantuan, Mad Rani Mad Ripin, 62, merupakan asnaf miskin yang menerima bantuan daripada LZS sejak 2009.

Iklan

"Selain itu, mereka juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung kesengsaraan dilalui keluarga Mad Rani yang hidup serba kedaifan di sebuah rumah usang.

Iklan

Pemilik akaun Facebook, Perabot Haji Ibrahim Ibrahim memuat naik status meminta pihak berwajib dan orang ramai membantu keluarga tersebut.

"Mereka empat beradik terpaksa tinggal di sebuah rumah tidak berdinding dan tingkap, selain makan tidak terurus.

"Mereka bukan malas, tapi ALLAH uji dengan penyakit keturunan yang sukar dijelaskan di sini.

"Rumah dalam kebun dah semak samun macam dalam hutan dikelilingi banyak nyamuk," katanya.

ADUN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail dalam status Facebook peribadinya semalam berkata, beliau mengambil berat setiap permasalahan yang berlaku di kawasan DUN berkenaan.

Beliau memberitahu, LZS dan JKM melalui usaha sama pemimpin terdahulu sentiasa memantau dan memberi bantuan kepada keluarga terbabit.

"Malah sebelum ini, pihak LZS sudah bersetuju membina rumah baru untuk keluarga ini tetapi tidak mendapat persetujuan bersama dari pihak keluarga tersebut," katanya.

Bagaimanapun katanya, hasil perbincangan bersama di antara Mad Rani dan LZS, maka satu kata sepakat dicapai dan kontraktor yang dilantik bersetuju membina rumah baharu selepas Aidilfitri.

"Saya sentiasa memantau perkara ini agar rumah yang bakal didirikan siap mengikut waktu yang dijanjikan," katanya.