Binaan simpang bulatan punca kesesakan di Mount Austin

Iklan
Kesesakan ini berlaku susulan projek cadangan membina persimpangan bulatan Jalan Mutiara Emas Utama dan Jalan Mutiara Emas Putih untuk ganti simpang lampu isyarat.

JOHOR BAHRU - Kerja-kerja membina persimpangan bulatan di Jalan Mutiara Emas Utama dan Jalan Mutiara Emaa Putih yang sedang dijalankan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata kelewatan projek itu disiapkan susulan kerja pengukuran semula jajaran cadangan pelebaran jalan serta pemetaan utiliti dan pengalihan aset utiliti.

Iklan
Iklan

"MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru) terima beberapa aduan tentang kesesakan di persimpangan Jalan Mutiara Emas Utama, Taman Mount Austin.

"Kesesakan ini berlaku susulan projek cadangan membina persimpangan bulatan Jalan Mutiara Emas Utama dan Jalan Mutiara Emas Putih untuk ganti simpang lampu isyarat.

Iklan

"Pada waktu puncak kesesakan berlaku sebab kenderaan perlahan dan berhati-hati semasa melalui kawasan pembinaan selain disebabkan penutupan sebahagian jalan.

"Kelewatan kontraktor siapkan projek ini dalam tempoh ditetapkan sebab kerja-kerja ukur semula jajaran cadangan pelebaran jalan dan pemetaan utiliti serta pengalihan aset-aset," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bilangan 5 Tahun 2019 di sini, hari ini.

Iklan
Pengguna memperlahan kenderaan ketika melalui kawasan pembinaan.

Menurutnya, pihak MBJB telah mengesyorkan kepada kontraktor untuk menyegerakan kerja-kerja menurap jalan dan mengemaskini lalu lintas selain mengarahkan kerja-kerja menampal jalan berlubang di kawasan pembinaan dijalankan serta merta.

Katanya, projek tersebut dijalankan bagi mengurangkan masa menunggu di persimpangan dan memudahkan kenderaan berat membuat pusingan.

"Projek ini dapat kurangkan fasa sistem lampu isyarat daripada empat kepada dua fasa bagi mengurangkan masa menunggu di persimpangan tersebut.

"Kenderaan dari Jalan Kota tidak perlu berhenti di persimpangan Jalan Mutiara Emas Utama dan Jalan Harmonium 24 serta kenderaan dari Jalan Kota Tinggi dan Jalan Austin Perdana 3 boleh membuat pusingan di bulatan persimpangan bulatan Jalan Emas Putih untuk ke Hospital Sultan Ismail," katanya.

Beliau memberitahu, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum 30 Jun 2019.