TNB nafi terima arahan naikkan tarif elektrik

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan menerima arahan daripada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus seperti yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya berkata, mesej yang kononnya ditulis oleh kakitangan syarikat itu adalah palsu dan tidak berasas.

Iklan
Iklan

"TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan.

"Kami menasihati orang ramai untuk mengabaikan mesej tersebut dan tidak menyebarkannya," katanya.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut, TNB turut menegaskan bahawa tarif elektrik ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.