PENYERANG baharu Singa Utara, Safee Sali mengakui pada mulanya kurang yakin dengan kemampuan Perlis setelah melihatkan pasukan itu bergelut masalah tunggakan gaji.
Namun melihat usaha dan keyakinan serta perancangan PFA khususnya visi Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang baharu, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad, bekas pemain PKNS FC itu mengambil keputusan menyertai Singa Utara bagi tempoh satu tahun.
Jelasnya, dia faham mengenai situasi Perlis yang berdepan tunggakan gaji yang membelenggu pasukan.
"Memang saya takut pada mulanya dengan tawaran Perlis. Namun selepas saya berbincang dan mendengar penjelasan daripada Presiden PFA yang memberi jaminan bahawa pengurusan 2019 jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan pengurusan terdahulu.
"Saya menjadi yakin untuk bekerjasama dengannya, masih muda tetapi memiliki visi untuk merancakkan lagi bola sepak Perlis.
"Jadi inilah yang membuatkan saya tertarik dengan pasukan Perlis,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai sasarannya musim hadapan, Safee mengakui misinya adalah untuk kembali meletakkan Perlis dalam peta bola sepak negara.
"Saya tidak sabar untuk menantikan Stadium Kangar yang sebelum ini sunyi sepi kembali gamat dengan sorakan penyokong pada musim depan.
"Saya juga ada sasaran peribadinya iaitu untuk meledak sekurang kurangnya 10 gol bersama Perlis bagi musim hadapan. Meskipun akan beraksi dalam Liga Premier tetapi saya optimis dapat segera menyesuaikan diri,” katanya.