TNB Melaka sedia adakan sesi dialog susulan isu meter pintar

Iklan
Pelanggan TNB mengambil peluang membuat aduan berhubung isu meter pintar dan bil melambung di Hari Bertemu Pelanggan TNB yang diadakan selama lima hari bermula semalam di Wisma Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jalan Banda Kaba, di sini.

MELAKA - [DIKEMASKINI] Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa terbuka untuk mana-mana pelanggan mengajukan pertanyaan dan bersedia mengadakan sesi dialog, kata Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad.

Ia susulan masalah meter pintar yang didakwa menyebabkan bil elektrik naik mendadak seperti yang tular di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Menurut Ahmad Rezahan, pihaknya akan mempertimbangkan kaedah dan lokasi bagi membolehkan pengguna menyuarakan apa sahaja melalui sesi dialog tersebut tanpa terus bertelingkah di laman sosial.

"Kami sentiasa berlapang dada mendengar aduan serta maklum balas daripada pengguna berhubung isu yang dihadapi kini.

Iklan
Ahmad Rezahan

"Kemungkinan sesi dialog dan hari bertemu pelanggan akan diadakan di luar bangunan TNB selepas Aidilfitri berikutan ada permintaan daripada wakil rakyat bagi membantu rakyat lebih dekat dengan pihaknya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan TNB yang diadakan selama lima hari bermula semalam di Wisma Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jalan Banda Kaba, di sini.

Iklan

Program dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang itu sebagai inisiatif TNB bagi membolehkan orang ramai untuk bersemuka dengan pegawai berkaitan untuk menyelesaikan masalah meter pintar yang didakwa menyebabkan bil elektrik naik sebagaimana tular di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Menurut Ahmad Rezahan, setakat dua hari ini, pihaknya merekodkan kira-kira 600 aduan daripada pengguna domestik dan komersil berhubung masalah bil melambung tinggi dan masalah meter pintar.

Daripada jumlah aduan tersebut, hanya kira-kira 30 peratus yang dapat diselesaikan secara terus dan memerlukan pasukan khas ‘flying squad’ TNB untuk turun padang bagi mengesan punca sebenar kenaikan bil yang didakwa.