Egg boy derma RM290,505 kepada mangsa serangan Christchurch

Iklan
Will Connolly

SYDNEY - Seorang remaja Australia yang mendapat jolokan ‘egg boy’ kerana tindakan beraninya membaling telur di kepala senator berhaluan kanan, Fraser Anning bermurah hati mendermakan hampir A$100,000 (RM290,505) kepada mangsa terselamat dalam serangan ganas di Christchurch pada Mac lalu.

Semalam, Will Connolly, 17, memaklumkan dia memindahkan kesemua wang diberikan kepadanya melalui kempen kutipan dana dalam talian kepada badan amal di New Zealand.

Iklan
Iklan

"Kepada semua mangsa tragedi berdarah itu, saya berharap wang ini dapat meringankan beban anda,” katanya.

Bulan lalu, polis memutuskan tidak mengenakan sebarang dakwaan ke atas remaja terbabit dan hanya memberi amaran kepadanya selepas dia bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap kenyataan Anning yang menuduh imigran Islam sebagai dalang serangan ke atas dua masjid tersebut. - Agensi

Iklan
Iklan