BUKIT MERTAJAM -"Elak apa jua tindakan yang boleh menimbulkan kontroversi dan presepsi yang salah," demikian reaksi Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengenai tindakan pihak tertentu yang menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah ibadat bukan Islam.
Menurutnya, ada banyak lagi cara untuk menonjolkan sikap bertoleransi antara orang Islam dan bukan Islam.