TNB buat bayaran jika terbukti berlaku lebihan caj

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan tindakan menyeluruh termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti berlaku lebihan caj, kata syarikat itu menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut dibuat bagi menangani kegusaran pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam bil mereka.

Iklan
Iklan

"TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang diajukan dan sedang mencari jalan penyelesaian.

"Fokus utama TNB adalah untuk memastikan setiap aduan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil. Ini termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku dan akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan," katanya.

Iklan

Beberapa hari ini hangat di media sosial apabila rata-rata pengguna mendakwa berlaku kenaikan terhadap caj tarif elektrik secara mendadak.

Dakwaan tersebut turut disertakan dengan gambar yang menunjukkan perbezaan ketara jumlah bil terbaru berbanding sebelumnya.

Iklan

Mengulas lanjut, TNB berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga dalam menangani isu tersebut.

"Kepada pelanggan yang terlibat, TNB memohon maaf atas kesulitan yang timbul," katanya.