APMM tahan lapan bot nelayan Vietnam

Iklan
Bot nelayan Vietnam yang ditahan sempena Ops Naga, baru-baru ini. Gambar kecil: Zulkarnain

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan bot nelayan Vietnam dan 63 individu termasuk tekong yang menceroboh dan mencuri hasil perikanan negara di perairan negara membabitkan hasil rampasan anggaran RM10.5 juta, dalam operasi Ops Naga, pada 25 Mei hingga semalam.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, serbuan pertama oleh KM Pekan berjaya menahan enam bot nelayan Vietnam yang melakukan aktiviti menangkap ikan kedudukan 110 batu nautika sehingga 130 batu nautika dari muara Tok Bali, Kelantan, pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain KM Pekan, sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh dan mencuri hasil laut Malaysia juga telah ditahan oleh Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan pada jarak 100 batu nautika dari Kuala Terengganu, pada Ahad lalu.

"Sebuah lagi bot ditahan oleh Bot Maritim Penyelamat 7, pada jarak 39 batu nautika dari Muara Tok Bali, Kelantan, semalam.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut ke atas lapan bot berkenaan mendapati kesemua 63 nelayan Vietnam termasuk tekong berumur di antara 18 hingga 57 tahun dan kesemuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media di pejabat APMM Terengganu, di sini, hari ini.

Iklan

Zulkarnain berkata, sepanjang Ops Naga dilancarkan sejak 24 Mei lalu untuk membanteras bot-bot nelayan asing Vietnam sehingga kini, sebanyak 496 pemeriksaan dijalankan dan sudah berjaya menahan 41 bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.

"Selain itu, jumlah kru Vietnam yang ditahan adalah sebanyak 367 orang manakala anggaran rampasan keseluruhan 41 bot tersebut adalah sebanyak RM45 juta," katanya.