MPSJ gempur kawasan industri Jun depan

Iklan
Muhammad Azli Miswan

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menggempur semua kawasan industri di bawah pentadbirannya bagi tujuan pemeriksaan lesen operasi serta pematuhan pada syarat lesen ditetapkan.

Pengarah Jabatan Pelesenan MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, operasi secara besar-besaran itu dilaksanakan di 24 kawasan industri di Subang, Kinrara, Puchong dan Seri Kembangan berkuat kuasa pada bulan Jun dan Julai ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain pemeriksaan lesen serta kepatuhan pada syarat lesen, pihaknya juga akan memastikan sama ada premis turut melakukan aktiviti kitar semula plastik.

"Kawasan industri yang dikenal pasti antaranya di PJS 11, USJ1, PJS7, Taman Perindustrian Kinrara, BK1, Pusat Perindustrian Sinar Puchong 1, 2, 3 serta Taman perindustrian bukit serdang seksyen 14.

Iklan

"Sebelum operasi ini berlangsung, kita harap pihak-pihak berkaitan yang belum ada lesen dapat memanfaatkan masa yang ada untuk pohon lesen. Bila kita serbu nanti, kalau dapati tiada lesen, tindakan akan terus diambil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPSJ, di Ibu Pejabat MPSJ, hari ini.

Iklan

Muhammad Azli berkata, MPSJ tidak akan melayan sebarang alasan berikutan tempoh mencukupi sudah diberikan untuk membuat permohonan lesen.

Dalam pada itu, Muhammad Azli berkata, permohonan lesen kini juga sudah dipermudahkan dan MPSJ antara pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggalakkan permohonan lesen secara dalam talian.

"Kebanyakan lesen dah boleh pohon secara 'online' dan bagi lesen serta-merta ada 453 aktiviti yang boleh dibuat secara 'online'.

"Jadi kita harap kaedah permohonan secara 'online' ini dapat memudahkan orang ramai dan yang penting jangan guna 'runner'," katanya.

Menurutnya, ada banyak kes diterima pihaknya mendapati pemohon guna khidmat 'runner' dan sanggup bayar antara RM70, 000 ke RM100, 000 tapi akhirnya mereka ditipu.

"Jika berlaku kes sebegini MPSJ tidak bertanggungjawab, permohonan 'online' sepatutnya boleh dibuat sendiri kerana ia mudah dan menjimatkan masa," katanya.