Tiga bersaudara hilang dikhuatiri lemas

Iklan

SIBU - Sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri dua keluarga di sini suram apabila tiga kanak-kanak bersaudara hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi-manda di Sungai Nanga Tutus dekat sini hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kanak-kanak lelaki Trance Gong, 14 dan adik perempuannya Trisha Janggok, 12 serta sepupu mereka Nurul Sahiera Salam, 14 dari Rumah Augustine Meringgai Anak Jana telah pergi ke jeti untuk membasuh pakaian dengan bapa saudara mereka.

Iklan
Iklan

"Menurut bapa saudara mangsa, ketiga-tiga mereka terjun ke dalam sungai untuk mandi manda sebelum naik semula ke jeti. Selepas terjun untuk kali kedua, ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan lagi,” katanya.

Panggilan mengenai kejadian itu telah diterima pada jam 4.10 petang dan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah telah digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Iklan

Bagaimanapun, operasi tidak dapat dijalankan kerana pasukan itu tiba di lokasi pada 6.20 petang di mana cuaca sudah gelap dan aliran air sungai pun deras.

Beliau berkata, operasi SAR akan diadakan pada esok pagi. - Bernama

Iklan