Hanya 10 peratus pegawai, anggota bomba Terengganu dibenarkan cuti

Iklan
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu hanya membenarkan 10 peratus daripada lebih 700 pegawai dan anggotanya, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarahnya Mohamad Shoki Hamzah berkata, anggota selebihnya iaitu lebih 500 orang akan bertugas sepanjang musim perayaan ini.

Iklan
Iklan

"Surat arahan berhubung cuti tersebut telah saya keluarkan.

"Ini bagi memastikan jumlah pegawai dan anggota kita mencukupi sepanjang musim perayaan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2019 dan Majlis Berbuka Puasa Peringkat JBPM Terengganu di sini semalam.

Iklan

Dalam pada itu Mohamad Shoki berkata, pihaknya menjalankan rondaan dan pemantauan melalui Ops Selamat, bermula 25 Mei hingga 12 Jun ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kes kemalangan jalan raya.

Katanya tumpuan utama operasi tersebut adalah di jalan-jalan yang sering berlaku kemalangan pada musim perayaan, terutama lokasi-lokasi tertentu di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.

Iklan

"Kebiasaannya juga satu hari terdapat 20 anggota akan bertugas di dua kawasan plaza tol, Tol Ajil dan Tol Perasing (Lebuhraya Pantai Timur 2).

"Selain itu anggota di balai-balai juga dikehendaki membuat rondaan dari 8 pagi hingga 5 petang sepanjang tempoh operasi tersebut,” katanya.

Selain itu, katanya JBPM Terengganu juga akan memantau pusat-pusat rekreasi melibatkan air seperti Air Terjun Sekayu di Hulu Terengganu, Pantai Teluk Lipat di Dungun dan pesisir Pantai Batu Buruk di sini, memandangkan Hari Raya Aidilfitri ini jatuh pada musim cuti sekolah. - Bernama