'Ada sepasang baju raya pun sudah cukup'

Iklan
Mazlan (kiri) dan Ngah (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Firdaus.

KUALA NERUS - Ada sepasang baju raya pun sudah cukup kerana sudah biasa dengan keadaan ini tambahan hanya ibu seorang yang membesarkan saya setelah berpisah dengan bapa.

Bagi Firdaus Hassan, 15, yang juga merupakan pelajar kelas pendidikan khas, dia tetap bersyukur walaupun hanya ada sepasang baju raya untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting itu berkata, dia juga sekadar mengunjungi rumah jiran jiran terdekat di kampung berkenaan, pada raya pertama nanti.

Lebih-lebih lagi, katanya, ibunya, Mistijam Sulong, 50, hanya bekerja mengambil upah menyiang ikan di rumah sebelum dijadikan kuih sata dengan jumlah pendapatan tidak seberapa.

Iklan

"Saya pun tidak pernah meminta ibu menyediakan kelengkapan raya kerana sedar ada perkara lebih penting untuk ibu gunakan wang, termasuk perbelanjaan harian kami," katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menerima sumbangan keperluan dapur dan wang tunai RM200 daripada Kelab Kebajikan Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu di rumahnya di Tanjung Gelam di sini.

Iklan

Penyampaian sumbangan disempurnakan Yang Dipertua Kelab Kebajikan Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu, Mazlan Mohamad bersama setiausaha kelab itu, Ngah Bidin.

Firdaus berkata, keluarganya amat berterima kasih kepada Kelab Kebajikan Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu kerana memilih mereka untuk menerima sumbangan Aidilfitri itu.

"Dengan wang ini dapatkah saya tambah pakaian untuk raya. Saya nak beli baju Melayu untuk beraya tahun ini sebab dah dua tahun saya tidak beli baju Melayu" katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata, pemberian sumbangan dalam bentuk barang keperluan haruan dan sedikit duit raya itu bagi menceriakan sambutan Aidilfitri keluarga pelajar pendidikan khas di negeri itu.