Malaysia akan terus guna teknologi Huawei: Mahathir

Iklan
Gambar hiasan

TOKYO - Malaysia tidak terancam dengan dakwaan pengintipan ke atas syarikat teknologi utama China, Huawei, dan akan terus menggunakan teknologi mereka seluas mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kami terlalu kecil untuk menerima impak syarikat besar seperti Huawei, yang membuat penyelidikan jauh lebih besar daripada keseluruhan keupayaan penyelidikan Malaysia.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Huawei cabar Amerika Syarikat

"Oleh itu, kami akan memanfaatkan teknologi mereka seluas mungkin. Ya, mungkin ada bentuk intipan, tapi apa yang nak diintip di Malaysia?," katanya pada sesi dialog pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini pada Khamis.

Iklan

Dr Mahathir tiba di Tokyo pada Rabu untuk lawatan kerja tiga hari.

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan pintu terbuka. - Bernama

Iklan