Penganjur, peserta teruja program World #QuranHour

Iklan
Peserta World #Quran Hour di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim), hari ini.

IPOH -"Alhamdulillah, saya memang suka sekali dengan program ini sebab ia ada kaitan al-Quran,” demikian komen Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim) Taman Tasek Jaya, Hafsah Chung ketika mengulas berhubung program World #QuranHour 2019 yang dianjurkan di sini, hari ini.

Hafsah berkata, secara keseluruhannya program berkenaan adalah penganjuran kali ketiga di masjid berkenaan sejak 2017 lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, program berkenaan secara keseluruhannya hanya melibatkan penyertaan daripada muslimah secara keseluruhannya.

"Kami dah anjurkan program ini tiga tahun, penglibatannya, melibatkan 100 peratus muslimah.

Iklan

"InsyaALLAH mulai tahun hadapan pihak urusetia akan membuka dan melibatkan penyertaan kaum muslimin pada program berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Hafsah turut menyifatkan program berkenaan sebagai sangat baik kerana sepanjang 12 tahun ‘menemui’ Islam (sejak 2007), al-Quran sangat menyentuh hatinya hingga mengubah keseluruhan hidupnya.

Iklan

Katanya, dengan al-Quran juga dia dapat mengenali Islam dan sekali gus mengenali makna kehidupan yang sebenarnya.

"Secara keseluruhannya, Islam itu memberikan ketenangan kepada jiwa saya dan boleh dikatakan ia satu penemuan yang baru.

"Bagi saya dalam al-Quran ini pendorong, bukan sahaja falsafah hidup, ia turu memberikan ketenangan dalam hidup.

"Alhamdulillah, daripada keinginan saya nak tahu mengenai al-Quran, daripada sifar dan saya berguru dengan kawan saya, saya dah boleh baca al-Quran mengikut tajwid daripada merangkak-rangkak,” katanya.

Hafsah dan Zalina

Sementara itu, urusetia program World #QuranHour 2019, Zalina Mahamud berkata, pihaknya berbangga kerana program kali ini dapat menghimpunkan hampir seramai 60 peserta yang melibatkan penduduk di sekitar kariah masjid serta beberapa peserta luar.

Menurut Zalina, pihaknya turut menerima penyertaan daripada golongan mualaf yang agak teruja untuk menyertai program berkenaan.

"Alhamdulillah, program ini mendapat sokongan daripada masjid, Datuk Dr Mohd Fadzli Cheah yang mahu menjadikannya sebagai program tahunan selaras dengan status masjid berkenaan sebagai masjid pelancongan di negeri ini.

"Kami juga mendapat sokongan kuat daripada Rumah Ngaji Malaysia dan insyaaALLAH, pada masa hadapan kami akan cuba buat program dengan libatkan pihak Rumah Ngaji pula,” katanya.