KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM3,000 terhadap seorang kelindan lori, yang mengaku bersalah mencuri sebuah motosikal.
Masjistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman itu terhadap R Vignesvaran, 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu, bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 12 Februari lepas dan penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda.