Sumareh akui Harimau Malaya terbaik setakat

Iklan
Mohamadou Sumareh - Foto FoxSport Asia

PEMAIN naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh mengakui pasukan Harimau Malaya pada masa ini, merupakan pasukan terbaik dari segi kombinasi pemain.

Pemain kelahiran Gambia berusia 24 tahun itu, mengakui bilangan pemain muda yang lebih ramai daripada pemain senior, telah berikan pasukan ini satu tahap kualiti baharu yang diperlukan pasukan.

Iklan
Iklan

Sumareh berkata, ia juga menwujudkan satu persaingan sihat dalam kalangan pemain, dan dalam masa yang sama membuatkan pasukan mempunyai pilihan yang lebih ramai di setiap posisi.

"Kali ini ia satu kombinasi yang sangat baik antara pemain senior dan junior. Saya rasa inilah pasukan kebangsaan terbaik setakat ini. Penguasaan dan kawalan bola juga lain. Kali ini ia bukan lagi mudah. Kita juga mempunyai banyak pilihan di setiap bahagian.

Iklan

"Kami mempunyai ramai saingan sekarang ini, jika sesiapa tidak lakukan dengan baik, ada orang lain yang boleh ambil alih. Ini bagus untuk kami... ia bantu pasukan menjadi lebih baik.

"Jika tiada saingan, saya mungkin akan ambil mudah, kerana tahu kedudukan saya selamat, tetapi dengan pemain-pemain muda ini... saya perlu lebih bersedia dan berikan lebih lagi, jadi ia juga bagus untuk saya juga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sesi latihan pasukan kebangsaan di Stadium Arena UM di sini malam tadi.

Iklan

Untuk rekod, ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Chen Hoe telah memanggil 11 pemain bawah 23 (U-23) dan hanya menyenaraikan tiga pemain di atas 30 tahun dalam senarai 26 pemain, untuk perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Qatar 2020 dan Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun.

Sebagai persediaan, Malaysia akan menentang Nepal dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini. - Bernama