KOTA BHARU - Seorang ahli perniagaan di Kuala Krai berputih mata apabila kerugian RM6.7 juta gara-gara ditipu sindiket Macau Scam membabitkan lebih 10 transaksi tunai dalam tempoh sebulan.
Transaksi dilakukan antara tempoh akhir Oktober hingga awal bulan ini selepas lelaki berusia 70-an terbabit menerima satu panggilan telefon dipercayai daripada anggota sindiket terbabit.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memberitahu dia gagal menghadirkan diri pada satu kes di mahkamah.
"Mangsa berasa terancam dan takut dengan ugutan yang dilakukan pemanggil itu menyebabkannya terpedaya dan bertindak melakukan transaksi pertama berjumlah RM200,000 pada penghujung Oktober.
"Selepas itu, mangsa beberapa kali mendapat panggilan secara berterusan dan membuat lebih 10 transaksi antara RM80,000 hingga RM200,000 pada satu-satu masa transaksi itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial antara pemangkunya, Deputi Superintendan Ahmad Arifin kepada Superintendan Azizul Mahamed.