Bekas ADUN Kelaboran kritikal di Makkah

Iklan
Mohd Zaki berkerusi roda bersama isteri dan anaknya kini dalam keadaan kritikal akibat komplikasi kencing manis di rawat di ICU Hospital King Aziz Mekah.

TUMPAT - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dilaporkan dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Aziz, Makkah.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Alami (PEKA) itu masih koma berikutan komplikasi penyakit kencing manisnya.

Iklan
Iklan

Setiausaha PEKA, Azhar Ibrahim berkata, Mohd Zaki dimasukkan ke ICU malam tadi dan sehingga kini dia belum sedar lagi.

"Saya dimaklumkan oleh isterinya, Mohd Zaki tiba-tiba deman beberapa minit sebelum berbuka puasa.

Iklan

"Isterinya bagi makan ubat dan tiba-tiba dia muntah dan tidak sedarkan diri," katanya.

Menurutnya, Mohd Zaki mengerjakan umrah bersama isteri dan empat anak sejak seminggu lalu.

Iklan

"Mereka berangkat ke Mekah minggu lepas dan dijangka pulang pada 2 Syawal ini.

"Dia berkerusi roda di Mekah kerana kakinya sakit dan mungkin ada jangkitan kuman di kaki tersebut," katanya.