16 individu didakwa bakar, bunuh remaja

Iklan
Golongan wanita memegang gambar Nusrat Jahan Rafi sebagai tanda protes di Dhaka. -Foto CNN

NEW DELHI - Seramai 16 individu termasuk pengetua sebuah madrasah didakwa atas pembunuhan seorang remaja perempuan pada 6 April lalu yang dibakar mati selepas melaporkan gangguan seksual terhadapnya di Dhaka, Bangladesh.

Nusrat Jahan Rafi, 19, membuat laporan polis kerana diganggu secara seksual oleh pengetuanya, Sirah Ud.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, selepas beberapa hari membuat laporan polis, remaja itu didakwa disimbah minyak tanah dan dibakar di bumbung madrasah.

Perbuatan itu dilakukan apabila Nusrat enggan menarik balik tuduhan terhadapnya.

Iklan

Memetik CNN, suspek merancang pembunuhan itu supaya kelihatan seperti bunuh diri, namun Nusrat yang mengalami lecuran pada 80 peratus badannya sempat memberi keterangan kepada polis sebelum meninggal dunia pada 10 April lalu.

Sementara itu, Dhaka Tribune memetik kenyataan polis berkata, seramai 92 saksi direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.

Iklan

Siraj ditahan pada 27 Mac lalu berhubung kes tersebut.

Untuk rekod, pada 6 April, remaja itu pergi ke sekolah untuk peperiksaan sebelum dipujuk ke bumbung madrasah dan dibakar sekumpulan orang yang memakai burka.

Kes Nusrat ini menimbulkan kekecohan dan protes secara besar-besaran di Bangladesh.