Al-Qalam bantu ceriakan rumah ibu tunggal

Iklan
Sumbangan disampaikan Baharudin (kanan) kepada Salmah pada program kunjungan Al-Qalam Malaysia di sini semalam.

PUCHONG -Tiada apa yang lebih menggembirakan buat seorang ibu tunggal di sini apabila rumahnya dicat baharu atas sumbangan dan bantuan Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam (Al-Qalam) Malaysia di Kampung Kenangan di sini hari ini.

Salmah Md Daga, 76, berkata, sudah lebih 10 tahun rumah yang didiaminya ini tidak berganti cat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejak sebelum arwah suami meninggal dunia lagi, memang tak pernah lagi rumah ini dicat baharu.

"Baru-baru ini tergerak hati teringin nak berhari raya dengan suasana ceria.

Iklan

"Alhamdulillah, hari ini saya menerima sumbangan daripada Al-Qalam, mereka hadir cat bahagian luar rumah, ganti tikar getah yang baharu, langsir baharu dan sekelip mata rumah saya ini menjadi cantik, terima kasih," katanya.

Ahli Al-Qalam Malaysia bergotong royong membersihkan rumah ibu tunggal di Kampung Kenangan di sini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika dikunjungi Al-Qalam Malaysia ke rumahnya di sini.

Iklan

Salmah mempunyai 10 orang anak, bagaimanapun dua daripadanya telah meninggal dunia selain suaminya telah lama menemui Illahi akibat sakit paru-paru berair pada 2004.

Pengasas dan Presiden Al-Qalam Malaysia, Datuk Seri Baharudin Abu berkata, program ini merupakan program ketujuh yang dijalankan oleh pihaknya pada tahun ini.

"Sedekah mencuci dosa tak akan miskin sekiranya kita memberikan sumbangan membantu hamba ALLAH yang tidak berkemampuan.

"Alhamdulillah, kita hadir pada rumah yang didiami oleh seorang ibu warga emas bersama anak dan cucunya.

"Insya-ALLAH dengan apa yang disumbangkan ini setidaknya memberikan kegembiraan kepada ibu ini dan masa sama meringankan bebannya menyambut Aidilfitri ini," katanya.

Ahli Al-Qalam Malaysia bergotong royong membersihkan rumah ibu tunggal di Kampung Kenangan di sini.