JOHOR BAHRU - Polis Johor menerima pendaftaran 281 individu memaklumkan peninggalan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah itu, seramai 143 individu mendaftar melalui sistem Volunteer Smart Patrol (VSP), manakala selebihnya mengisi borang maklumat balik kampung.