Jho Low akan ditahan dalam tempoh terdekat

Iklan
Jho Low

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dijangka ditahan dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pihaknya yakin dapat membawa Jho Low pulang ke negara ini untuk dibicarakan ke muka keadilan.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH bila saya kata saya yakin kami boleh bawa dia (Jho Low) balik dalam masa terdekat maka dalam masa terdekatlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low selepas program kepolisan berprofil tinggi di tapak Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, di sini, hari ini

Iklan
Iklan

Rabu lepas, Abdul Hamid berkata, polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan Jho Low yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama