Dr Wan Azizah tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC

Iklan
Wan Azizah tiba di Arab Saudi bagi menghadiri sesi ke-14 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermula esok. - Foto Bernama

MAKKAH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di sini hari ini untuk menyertai sesi ke-14 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermula esok.

Pesawat yang membawa timbalan perdana itu tiba di Lapangan Terbang King AbdulAziz di Jeddah pada jam 3.45 petang (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Dr Wan Azizah, yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu, diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Bertemakan: ‘Sidang Kemuncak Makkah: Bersama-Sama menuju ke arah Masa Depan’, dijangka dihadiri para pemimpin negara anggota OIC untuk bersatu menegakkan pendirian berhubung isu dan peristiwa yang sedang melanda Dunia Islam.

Iklan
Iklan

Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan Penjaga Dua Kota Suci Islam, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. - Bernama