Siapa Kodi Lee?

Iklan
Kodi mendapat 'golden buzzer' dari keempat juri program America's Got Talent.

NAMA Kodi Lee, 22, kini menjadi sebutan netizen dan semakin popular apabila persembahannya di program America's Got Talent berjaya mengagumi para audiens dan juri hingga mengalirkan air mata dek kemerduan suaranya.

Membawa dendangan lagu A Song For You, Kodi nyata memberi kejutan kepada penonton dan juri kerana mahir bermain piano walaupun dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dan autistik.

Iklan
Iklan

Ibu Kodi, Tina, menemaninya ke atas pentas, memberitahu, Kodi sangat mencintai muzik dan mula menyanyi ketika kanak-kanak lagi.

Memetik Newsweek, pertama kali mendengar anaknya bernyanyi, Tina menangis kerana bakatnya sangat luar biasa walaupun dia OKU.

Iklan

"Saya menyedari Kodi memiliki bakat sebagai penghibur dan muzik memberinya semangat untuk teruskan hidup.

"Kodi mengalami hypoplasia saraf optik sejak dilahirkan dan pernah menjalani pembedahan kritikal seawal usia lima hari, serta disahkan autistik sejak kecil lagi," katanya.

Iklan

Namun, penyakitnya itu tidak menjadi penghalang buat Kodi mengapai impiannya.

"Kodi sentiasa berusaha menjayakan karier muzik dan impiannya untuk menjadi seorang bintang rock terkenal yang menghiburkan ribuan peminat," jelasnya.

Dendangan lagu yang pernah dipopularkan Leon Russel dan Donny Hathaway itu mendapat reaksi terkejut daripada keempat juri iaitu, Simon Cowell, Julianne Hough, Gabrielle Union dan Howie Mandel.

Kata Howie kepada Kodi,"Kamu sangat menakjubkan.”

Sejurus selesai persembahan, keempat juri dan audiens dalam dewan ini berdiri tanda sokongan kepada Kodi.

Sementara itu, rakaman video dimuat naik di Twitter Jenny Jusuf meraih lebih 25 juta tontonan dari netizen.