KUALA SELANGOR – Musibah banjir yang melanda Kampung Asahan, di sini, bertambah buruk apabila mangsa yang dibenarkan pulang sebelum ini terpaksa dipindahkan semula ke pusat pemindahan banjir.
Faktor hujan lebat dan kelewatan projek menaiktarafkan sistem pam air di Batu 8, di sini didakwa menjadi punca kawasan rendah terus ditenggelami air sejak 5 Disember lalu.
Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menjelaskan, musibah banjir yang melanda lapan kawasan rendah di kampung itu adalah disebabkan pertembungan hujan lebat dan kelewatan projek naik taraf pam air.
Menurutnya, pihaknya turut mendesak kerajaan negeri supaya mengambil tindakan segera dan dapat menyegerakan projek naik taraf pam air itu yang sepatutnya siap pada 0gos lalu.
"Pam air itu dijangka siap dan berfungsi sepenuhnya pada hujung bulan ini. Difahamkan, fungsi pam terbabit akan diuji untuk sesi percubaan pada petang nanti seperti mana yang dimaklumkan JPS Daerah Kuala Selangor.
"Pam air yang dipasang di Kampung Asahan ini adalah yang terbaharu iaitu jenis ‘screw pump’ yang pertama kali diguna pakai di daerah ini... jadi sesi percubaan ini penting bagi memastikan ianya berfungsi sempurna,” katanya.
Juwairiya yang juga Ketua PKR Cabang Kuala Selangor juga berharap lima pam tambahan dan pam baharu ini dapat berfungsi dengan baik bagi mengalirkan air bertakung ke sungai.