Grand Senheng lebih besar

Iklan
Pengurusan tertinggi Senheng dan wakil jenama dipasarkan syarikat itu menyempurnakan gimik pembukaan Cawangan Grand Senheng di Taman Setia Indah, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Menawarkan lebih 3,000 barangan kelengkapan elektrik daripada pelbagai jenama terkemuka dunia adalah antara keistimewaan yang dimiliki Grand Senheng di Taman Setia Indah di sini yang memulakan operasinya semalam.

Pengarah Urusan Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng), Lim Kim Heng berkata, jumlah barangan yang ditempatkan di cawangan Grand Senheng itu juga adalah dua kali ganda daripada outlet biasa di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Ini adalah cawangan Grand Senheng pertama dan terbesar kita di kawasan Johor Bahru.

"Dengan keluasan yang lebih besar, barangan jualannya juga lebih banyak pilihan," katanya pada pada Majlis Pembukaan Rasmi Cawangan Grand Senheng di Jalan Setia 7/18, Taman Setia Indah di sini semalam.

Iklan

Mengulas mengenai pemilihan lokasi berkenaan, Kim Heng memberitahu, pihaknya terlebih dahulu sudah membuat pemantauan dan mendapati ia mempunyai potensi untuk mendapat jualan paling optimum.

"Kawasan ini merupakan antara kawasan paling sibuk dan mempunyai populasi penduduk yang ramai. Berdasarkan daripada pengalaman terdahulu, perkara ini amat membantu untuk kelangsungan syarikat pada masa akan datang.

Iklan

"Secara strategiknya, ia juga bertempat di kawasan perumahan, jadi persediaan telah dilakukan untuk kita menawan hati rakyat di sini dengan format kedai berciri mega pada kali ini," katanya.

Katanya, cawangan ke-13 di negara dan kelima di Johor itu juga menyasarkan jualan kira-kira RM 1.2 juta bagi setiap bulan.

Dalam pada itu, beliau berkata, antara promosi yang ditawarkan sempena pembukaan cawangan tersebut adalah Rebat EZ kredit yang mana boleh mencapai sehingga 40 peratus bagi pembelian beberapa barangan terpilih.

"Selain rebat ini, kita juga memberikan diskaun yang mana terdapat barangan terpilih dijual dengan harga serendah RM10. Pelan pembayaran ansuran serendah kosong peratus sehingga 36 bulan juga tersedia ada untuk bank-bank terpilih.

"Malah kita juga ada menawarkan faedah serendah 1 peratus untuk pembayaran yang dibuat secara skim ansuran barangan pengguna Aeon Credit bagi model barangan elektrik terpilih," katanya.

Tambahnya, di Grand Senheng juga bahagian jualan telefon bimbit diluaskan lagi kerana ia merupakan produk yang paling laris di sana.