KUALA LUMPUR - Sejumlah 103,998 panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sepanjang tahun lepas dengan 36,046 panggilan melibatkan kebakaran.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata panggilan kecemasan yang diterima tahun lepas adalah yang paling tinggi iaitu mencecah 100,000 untuk tempoh 10 tahun.
Iklan
Iklan
"Ia sesuatu yang membimbangkan... selain kebakaran, sebanyak 58,492 adalah panggilan kecemasan membabitkan penyelamatan dan khidmat khas (9,141). Kami juga terima 319 panggilan palsu.
"Jumlah panggilan melibatkan kebakaran turut meningkat jika dibandingkan dengan jumlah panggilan yang diterima pada tahun sebelum ini iaitu 29,356,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya berusaha untuk menurunkan kadar itu dengan mengenal pasti lokasi berisiko kebakaran dan pencegahan yang diambil turut merangkumi prinsip 4E iaitu Penguatkuasaan (Enforcement), Pendidikan (Education), Kejuruteraan (Engineering) dan Pengurusan Kecemasan (Emergency Management)
Tahun ini, sejumlah 45,528 panggilan kecemasan diterima dalam tempoh Januari hingga April melibatkan 24,767 berkaitan kebakaran, penyelamatan (20,024), khidmat khas (593) dan panggilan palsu (144). -Bernama
Artikel Berkaitan