MELAKA - Sebanyak 11 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam operasi yang dijalankan di sekitar Terminal Bas Melaka Sentral, hari ini.
Operasi yang bermula dari jam 8.30 hingga 11 pagi itu diketuai Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Sharif dan lebih menumpu pemeriksaan terhadap bas ekspres.
Menurut Muhammad Firdaus, sebanyak 13 buah bas diperiksa dan pihaknya mengesan sekurang-sekurangnya lapan jenis kesalahan termasuk tayar tiada bunga, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, odometer gagal berfungsi, tiada pemadam api, tiada pemandu kedua dan tiada peti kecemasan.
"Pemeriksaan pada hari ini kita akan jalankan secara berkala selaras dengan perkembangan semasa di mana Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) akan dipinda untuk memberikan kuasa kepada Kementerian Pengangkutan, APAD dan JPJ dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) juga akan dipinda untuk beri kuasa kepada JPJ.