JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di Masjid Al-Hikmah, Parit Kadhi Muar, malam tadi.
TMJ dan Tunku Temenggong Johor di Masjid Al-Hikmah, Parit Kadhi Muar. - Foto ihsan Facebook HRH Crown Prince of Johor
Pada majlis berkenaan, Tunku Temenggong Johor turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan golongan yang kurang bernasib baik.