Ibu bapa Malaysia tak galak pengambilan susu

Iklan

KETIKA bayi dan kanak kanak, susu adalah makanan penting yang ditekankan ibu bapa kepada anak mereka namun, pengambilan susu semakin berkurangan apabila kanak-kanak beranjak ke alam persekolahan.

Malah kebanyakan ibu bapa tidak lagi menggalakkan pengambilan susu ketika anak berusia empat tahun atau di peringkat prasekolah. Senario ini sering berlaku di Malaysia dan amat berbeza berbanding dengan masyarakat Eropah dan Arab di mana pengambilan susu adalah menu utama dalam keluarga daripada bayi, remaja dan dewasa.

Iklan
Iklan

Adakah serius fenomena ini di Malaysia?

Senario ini boleh dikatakan serius terutama apabila terdapat kajian yang menunjukkan 50 peratus kanak-kanak di bawah 12 tahun di Malaysia tidak mengambil kalsium yang mencukupi dan tidak mendapat vitamin D yang mencukupi untuk tubuh.

Iklan

Kajian ini dijalankan oleh Royal Friesland Campina N.V melibatkan lebih 16,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dan 12 tahun dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia dari Mei 2010 sehingga Oktober 2011. Menurut hasil kajian itu juga, satu daripada setiap 10 kanak-kanak di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi berdasarkan nisbah berat badan dan umur.

Mengapakah susu tidak dipentingkan selepas bayi

Iklan

- Ibu bapa menganggap susu adalah makanan untuk bayi sahaja. - Kanak-kanak mula mengambil minuman lain, seperti kordial, jus buah buahan dan minuman ringan. - Kanak kanak makan pelbagai makanan lain dan susu tidak menjadi keutamaan. - Ibu bapa tiada pengetahuan tentang kepentingan susu untuk pertumbuhan selepas bayi, malah ibu bapa sendiri mengabaikan pengambilan ksusu untuk diri mereka sendiri

Ada apa dengan susu (apa keajaiban susu)

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa susu adalah makanan lengkap yang mempunyai semua nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan optimum tubuh seperti kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain kaya dengan vitamin A, vitamin B seperti Riboflavin, Niacin, B6 dan B12, vitamin C, Zink, Fosforus, dan Magnesium.

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menggariskan keutamaan pengambilan susu dan produk tenusu antara salah satu daripada 14 kunci utama Panduan Pemakanan Malaysia 2012.

Susu mengandungi pelbagai zat bermanfaat, antaranya ialah

Kalsium

Protein

Karbohidrat

Lemak

Vitamin D

Berikut adalah beberapa cara untuk menggalakkan anak anda minum susu setiap hari.

- Ingat bahawa susu dan produk tenusu lain adalah sumber utama kalsium dan pelbagai nutrien penting yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan.

- Galakkan keluarga minum susu. Susu bukan untuk bayi tetapi penting untuk semua peringkat umur, anak anda pasti meniru perbuatan anda.

- Jangan memberikan terlalu banyak minuman manis seperti jus buah atau minuman berperisa sehingga menggantikan pengambilan susu.

- Untuk kanak kanak yang tidak menggemari susu, hidangkan bersama cereal ketika sarapan pagi atau sebagai snek.

- Tambah buahan atau ditambah perisa menjadi susu kocak.

- Pilih pencuci mulut berasaskan atau dicampur susu seperti agar agar susu, puding susu, yogurt, dan kastad. Gunakan susu segar adan elakkan susu sejat atau susu pekat manis.

- Sekiranya tidak menyukai susu, pilih makanan lain yang berasaskan susu seperti keju untuk dicampur di dalam makanan harian seperti dimakan bersama roti atau ditabur di atas pizza.

- Berkongsi dengan anak khasiat susu ketika mereka minum

- Sekiranya anak tidak menggemari susu suam, berikan susu sejuk.

- Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa.

- Belikan susu dalam paket kecil dan comel untuk menggalakkan anak minum setiap hari.

- Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan atau bersama ais bagi menambah keenakan susu.

Kesimpulan, susu penting untuk semua peringkat umur daripada bayi sehingga remaja. Oleh itu, jangan berhenti menggalakkan anak anda terutamanya ketika memasuki alam persekolahan.Pastikan anda memeriksa tarikh luput yang tercetak pada paket susu. Jangan membeli susu yang tinnya kemek atau paket yang 'tembam'. Susu sepatutnya diminum sebaik saja ia disediakan, dan tidak dibiarkan terdedah kepada habuk dan kerosakan. Simpan susu tepung di tempat yang kering dan sejuk.

Sumber: http://www.tateh.com.my