GM Klang syurga membeli-belah pelancong

Iklan
Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar dengan kumpulan Raihan yang membuat persembahan semasa program Riuh GM Klang, baru-baru ini.

KLANG - Sebut sahaja GM Klang, namanya sudah tidak asing terutama bagi kaum wanita serta kaki membeli-belah.

Apa tidaknya, Pusat Pemborong Terbesar di Malaysia ini digelar ‘syurga membeli belah’ memandangkan pelbagai barangan termasuklah pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, aksesori, tudung, peralatan dapur sehingga karpet dijual dengan harga berpatutan.

Iklan
Iklan

Kini, GM Klang bukan sahaja terkenal dalam kalangan pengunjung dari dalam negara, bahkan pusat pemborong ini dikunjungi pelancong dari Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

Pengurus Pengiklanan, Promosi, Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, sejak hujung tahun lalu, GM Klang menerima kunjungan daripada pelancong Singapura.

Iklan

"Sehingga ke hari ini, lebih 4,000 pelancong Singapura datang membeli-belah di GM Klang. Lebih mengejutkan, mereka sanggup menempuh perjalanan jauh dengan menaiki bas semata-mata untuk datang ke sini.

"Pada April lalu, sebanyak 40 bas yang membawa pelancong dari Singapura singgah ke GM Klang. Kebanyakan mereka memilih Khamis dan Jumaat untuk datang membeli-belah di GM Klang kerana tidak mahu bersesak dengan pengunjung lain pada cuti hujung minggu.

Iklan

"Daripada maklum balas yang kita terima, kebanyakan mereka mengetahui kewujudan GM Klang ini melalui saudara mara mereka yang pernah berkunjung ke sini selain iklan di kaca TV. Jadi kita jangkakan angka ini akan bertambah selepas hari raya nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurut beliau, pihaknya terharu dengan maklum balas yang diterima daripada pelancong berkenaan.

"Mereka begitu teruja ketika pertama kali menjejak kaki kerana pelbagai barangan ditawarkan di GM Klang.

"Rata-rata mereka memberitahu, harga barangan yang ditawarkan berpatutan dan setanding dengan kualiti, malah mereka mengambil kesempatan dengan membeli secara borong,” katanya.

Kedai pakaian menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapatkan persalinan sempena Aidilfitri nanti.

Bantu promosi GM Klang

Kata beliau, pihaknya berterima kasih kepada pihak Tourism Malaysia di Singapura kerana banyak membantu mempromosikan GM Klang kepada rakyat di negara itu."Daripada maklum balas yang kita terima, ada rakyat Singapura datang ke pejabat Tourism Malaysia di sana semata-mata untuk bertanyakan mengenai GM Klang. Mereka berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai pusat pemborong ini."Ini khabar gembira buat kami apabila pihak terbabit juga turut mengedarkan risalah mengenai GM Klang, sekali gus membantu mempromosikan Pusat Pemborong Terbesar di Malaysia ini di Singapura,” katanya.

Tambah Norsuhaida, pihaknya juga turut kolaborasi dengan terminal feri untuk menarik pelancong dari Sumatera, Indonesia.

"Kita meletakkan iklan GM Klang di Terminal Feri di Dumai dan Tanjung Balai bagi menarik pelancong dari Sumatera.

"Kebanyakan mereka lebih suka membeli-belah di sini berbanding di Jakarta kerana jarak perjalanannya lebih dekat dan kedudukan GM Klang lebih dekat dengan terminal feri,” katanya.

Sebahagian pelancong dari Singapura merakamkan kenangan di hadapan bangunan GM Klang.

Tarik lebih ramai pelancong

Sementara itu katanya, pihaknya turut mengadakan program Riuh GM Klang bagi menarik lebih ramai pengunjung.

"Ini tahun kedua kita anjurkan program ini yang mana setiap minggu, kita jemput artis untuk membuat persembahan bagi menghiburkan pengunjung yang datang ke sini.

"Antara artis yang terlibat seperti kumpulan nasyid Raihan, UNIC, karakter kartun Didie and Friends, kumpulan Forteen dan Wany Hasrita. Pengunjung dihiburkan dengan halwa telinga, sekali gus dapat membangkitkan mood mereka untuk membeli-belah.

"Selain persembahan artis, kita turut mengadakan persembahan ‘live band’, silat dan dikir barat. Insya-ALLAH, program ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Kata Norsuhaida, Studio 3D atau lebih dikenali sebagai 3DX ‘3D Experience’ bakal menjadi tarikan baharu kepada GM Klang.

"Kita turut memperkenalkan dua lagi projek ‘Photo Wall’ di tingkat sama dengan menampilkan koleksi tempat menarik di Pandamaran dan Pulau Ketam.

"Idea terkini ini adalah inisiatif dalam memartabatkan Klang dalam pelancongan Malaysia, susulan GM Klang dilantik sebagai Duta Pelancongan Bandar Klang daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK),” katanya.