Gunung berapi Agung meletus lagi

Iklan
Debu tebal setinggi lebih 2,000 meter yang dimuntahkan Agung hari ini.

DENPASAR - Gunung berapi Agung di Pulau Bali, Indonesia meletus hari ini dan memuntahkan asap dan debu tebal lebih 2,000 meter di permukaan udara.

Agensi Geologi Indonesia memaklumkan letusan yang berlaku sebelum waktu tengah hari yang membebaskan awan vulkanik itu bagaimanapun tidak menjejaskan jadual penerbangan.

Iklan
Iklan

Agung yang terletak kira-kira 70 kilometer dari hab pelancongan di Kuta telah beberapa kali meletus sejak 2017.

Ketika ini, tahap amaran Agung kekal di tahap kedua tertinggi dan zon larangan ditetapkan dalam lingkungan empat kilometer dari kawasan kawah.

Iklan

Musim panas lalu, puluhan penerbangan terpaksa dibatalkan selepas letusan Agung manakala puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas ia meletus pada 2017.

Kali terakhir letusan paling dahsyat Agung adalah pada 1963 yang meragut kira-kira 1,600 nyawa. - AFP

Iklan