KUALA LUMPUR - Tindakan Amerika Syarikat (AS) melakukan provokasi terhadap Iran merupakan salah satu agenda tersembunyi untuk memastikan negara Israel selamat.
Ketua Persatuan Amal Untuk Pembebasan Rakyat Palestin, Khaled Abu Samra berkata, pelbagai konflik yang dicetuskan itu bertujuan untuk mengalih tumpuan dunia terhadap kekejaman Isarel kepada rakyat Palestin.
"Usaha yang dilakukan (AS) itu bertujuan untuk memastikan Israel terus selamat dan dalang di bekalangnya adalah Israel. AS cuba cetuskan konflik antara negara-negara Islam khususnya di Arab supaya mereka berperang sesama sendiri.
"Hasrat mereka tidak lain adalah untuk memastikan Israel terus selama walaupun dikecam majoriti negara di dunia," katanya.
Katanya, meskipun jelas rakyat Palestin ditindas Israel, namun AS hanya menutup mata terhadap kekejaman itu.
"Rakyat Palestin tidak dapat menikmati kebebasan di tanah air sendiri dan Israel melakukan kekejaman kepada rakyat kami tanpa mengira usia.
"Kanak-kanak, wanita dan warga emas ditindas malah ada yang dibunuh namun tiada keadilan buat kami seperti yang diperjuangkan AS," katanya.
Tambahnya lagi, mewakili rakyat Palestin, beliau mengucapkan terima kasih atas perhatian dan bantuan berterusan daripada rakyat Malaysia.