Pakaian ala militan cetus panik

Iklan
Kedua-dua lelaki terbabit didakwa menjadi pelakon tambahan dalam filem dibintangi aktor Hrithik Roshan dan Tiger Shroff.

NEW DELHI - Mengenakan pakaian seperti anggota militan di tempat awam bukan idea yang bernas.

Tindakan dua pelakon tambahan memakai ves pengebom bunuh diri di tempat awam akhirnya membawa padah selepas pihak berkuasa di India bertindak melancarkan operasi tergempar selepas pasukan pengawal sempadan membuat laporan tentang mereka yang didakwa berada dalam keadaan mencurigakan dan berlegar-legar di sekitar bandar Vasai–Virar di barat New Delhi.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pelakon itu dikatakan sedang menaiki bas untuk pulang ke set penggambaran apabila mereka diserbu pasukan keselamatan.

Siasatan awal polis mendapati suspek ‘pengganas’ itu adalah Balram Ginwala dan Arbaaz Khan yang terlibat dalam penggambaran filem yang diarahkan oleh pengarah, Siddharth Anand.

Iklan
Iklan

Walaupun ia berpunca daripada salah faham, polis telah merekodkan nama kedua-dua pelakon terbabit bersama unit produksi filem tersebut kerana mencetuskan panik dan mengganggu ketenteraman awam. - Agensi