Tiada jalan pintas peroleh RMBJ

Iklan
Tung Siong menghadiri program penyampaian sumbangan Ramadan kepada penduduk di sekitar Kampung Parit Sikom Ulu kelmarin.

PONTIAN - Orang ramai yang berhasrat memiliki Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) diingatkan agar membuat permohonan secara aktif dengan menghantar dokumen berkaitan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUKJ).

ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berkata, tiada jalan pintas untuk memperoleh RMBJ meskipun ada yang datang ke pejabat Pusat Khidmat DUN Pekan Nanas untuk membuat permohonan.

Iklan
Iklan

"Sesiapa yang hadir ke pejabat untuk memohon RMBJ, pendaftaran hanya boleh dibuat secara atas talian, tiada sebarang ejen mahupun orang tengah atau parti politik."Saya harap tiada pemohon yang membuat bayaran dengan pihak yang menawarkan jalan pintas untuk memperoleh rumah tersebut.

"Sebarang tawaran adalah sindiket penipuan dan ia perlu dilaporkan kepada polis dan SPRM,” katanya di sini kelmarin.

Iklan

Menurutnya, terdapat dua projek RMBJ yang bernilai RM45,000 dan RM80,000 di Taman Pontian Perdana, Pontian Jaya di mana tarikh permohonannya telah bermula sejak 15 April lalu. Bagaimanapun, beliau melahirkan kebimbangan berikutan permohonan yang diproses tidak mencapai 10 peratus.

"Tetapi dalam jumlah permohonan yang berjaya mengikut syarat, permohonan yang telah diproses tidak mencapai 10 peratus.

Iklan

"Ikut data laman sesawang rasmi SUKJ Perumahan, terdapat 45 unit dan 71 unit rumah mampu biaya di kawasan tersebut dengan jumlah permohonan 2,729 orang dan 3128 orang masing-masing setakat kelmarin,” katanya.

Jelasnya,beliau bimbang sekiranya terdapat pemohon-pemohon yang tidak memahami kaedah permohonan teliti akan kehilangan peluang untuk memiliki rumah mampu biaya memandangkan permohonan akan ditutup pada 14 Jun ini.

"Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan ke Bahagian Perumahan Kota Iskandar bagi membolehkan permohonan mereka diproses," katanya.

Terdahulu, Tung Siong menghadiri program penyampaian sumbangan Ramadan kepada penduduk di sekitar Kampung Parit Sikom Ulu.