Kerajaan usaha kurangkan kemalangan maut

Iklan
Kamarudin menyampaikan cenderamata kepada salah seorang pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuhraya Karak menghala Pantai Timur untuk pulang berhari raya, hari ini.

GOMBAK - Kerajaan berhasrat mengurangkan kemalangan dan maut di jalan raya dalam skala besar melalui kempen keselamatan jalan raya khususnya di musim perayaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kempen berterusan banyak membantu mengurangkan statistik kematian disebabkan kemalangan dengan purata 19 kes pada tahun 2017 sehari menurun kepada 18 kes pada tahun berikutnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau menasihatkan pemandu meletakkan keutamaan pemanduan berhemah, sampai ke destinasi dengan selamat.

"Peratusan kemalangan jalan raya tinggi di musim perayaan kerana banyak trafik, kenderaan dipandu laju, terdesak dan berkejar.

Iklan

"Pemandu kenderaan persendirian, bas mahupun lori perlu letak keutamaan sampai ke destinasi dengan selamat bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga penumpang yang dibawa," katanya pada program keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri di Plaza Tol Gombak hari ini.

Jelasnya, beliau menggalakkan rakaman kesalahan nyata seperti pemanduan berbahaya, laju dan menggunakan lorong kecemasan dilaporkan.

Iklan

"Kita perlu ada sikap untuk pastikan keselamatan jalan raya di tambah baik, tanggungjawab sivik setiap pengguna jalan raya amat dihargai bukan saja menjaga diri sendiri tetapi mencegah kemalangan.

"Sila berikan maklumat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tindakan dapat diambil," katanya.

Kempen keselamatan jalan raya sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 merekodkan 20,829 kemalangan, 197 kematian menurun dari tahun sebelumnya dengan 21,041 kemalangan dengan 208 kematian.