7,000 kilogram daging segar ditawar harga murah

Iklan
Status dimuat naik Amirudin mengenai jualan daging lembu segar murah Isnin ini.

SHAH ALAM - Sebanyak 7,000 kilogram daging lembu segar ditawar dengan harga RM29.50 sekilogram pada Program Mantai Perdana Shah Alam Aidilfitri 2019 yang bakal dianjur di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Isnin dan Selasa ini

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi status dimuat naik di akaun Twitter miliknya berkata, jualan amal itu berlangsung selama 24 jam bermula 12 tengah hari Isnin dan berakhir pada jam 12 tengah hari keesokan harinya.

Iklan
Iklan

"Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Selangor akan menganjurkan program Jualan Amal 7,000 kilogram daging lembu segar.

"Baucar sebanyak RM2 akan diberi kepada pembeli yang membawa bekas sendiri untuk membeli tulang, limpa, hati, perut dan paru,” tulis status yang dimuat naik itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun difahamkan, seorang pembeli dihadkan pembelian tiga kilogram daging bagi setiap seorang.