Penubuhan Putra ada agenda sendiri

Iklan
Rusdi

KOTA BHARU - Penubuhan parti baru, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dan berkait rapat dengan perebutan kuasa pada PRU15, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar.

Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai parti Putra yang dilihat boleh memecahbelahkan orang Melayu adalah benar.

Iklan
Iklan

"Penubuhannya untuk mengejar jadi calon bertanding pada PRU15 dan mendapatkan sesuatu jawatan.

"Itulah tujuan utamanya. Ada kepentingan diri pihak-pihak tertentu dalam parti itu.

Iklan

"Sudah banyak parti Melayu, masuk saja mana-mana parti, kalau benar tujuannya adalah untuk Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai penunuhan Putra yang diketuai oleh Datuk Dr Ibrahim Ali baru-baru ini, sekali gus menjadi parti keempat yang berteraskan orang Melayu selepas UMNO, Pas, Bersatu dan Amanah.

Iklan

Rusdi berkata, sepatutnya Ibrahim Ali lebih arif tentang hal ini kerana bukan pertama kali kenal, malah Ibrahim sudah 'biasa' dengan Pas dan UMNO jika mahu menyertai parti itu.

Beliau berkata, susah untuk rakyat percaya apa sahaja alasan yang diberikan kerana kita telah ada parti yang berteraskan Islam dan Melayu secara formalnya.

"Walaupun begitu, ia tidak akan memberi saingan langsung kepada Pas dan UMNO.

"Tak perlu lagi ada serpihan parti Melayu seperti ini dan ianya tidak membantu untuk mengukuhkan ukhuwah orang Melayu, malah akan pecah belahkan lagi.

"Rakyat juga bijak menilai, bukan main tangkap muat saja. Mereka lebih bijak mengatur strategi apabila lihat keadaan semasa sekarang, sebab itu pilihan mereka.

"Pemilihan kali kedua akan menjadi lebih berhemah, bukan gopoh-gapah," katanya.